Anwar saksi 13 Setiausaha Politik menteri angkat sumpah

Anwar saksi 13 Setiausaha Politik menteri angkat sumpah

MAJLIS angkat sumpah 13 Setiausaha Politik menteri disaksikan Anwar Ibrahim di pejabat beliau di Putrajaya. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia 13 Setiausaha Politik kepada menteri di pejabatnya di Putrajaya.

Majlis angkat sumpah tersebut didahului dengan Ketua Bahagian PKR Bandar Tun Razak, Azman Abidin yang akan mengalas tugas sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik ialah Datuk Jamal Norubit @ Nerubi bagi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Mohd Razlan Muhamad Rafi (Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah), Che Zam Hamzah (Menteri Ekonomi) dan Datuk Hj. Mohammad Khairi A. Malik bagi Menteri Pengajian Tinggi.

Suhaizan Kaiat (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Mohd Syazwan Rahimy Mohd Mokhtar (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan Carl Douglas  Victor Moosom (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).

Selain itu Atiqah Syairah Shaharuddin sebagai Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Dr. Muhammad Razak  Idris (Menteri Hal Ehwal Agama), Ravindran Vengadasamy (Kementerian Sumber Manusia), Napsiah Khamis @ Maharan (Kementerian Kesihatan) dan Mohammad Ghazali Hajiji (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas).

Minggu lalu seramai 10 Setiausaha Politik turut mengangkat sumpah.

Antaranya, Datuk Hj. Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin (Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah), Ir. Irwan Zulkarnain Hasbie (Timbalan Perdana Menteri), Mikai Mandau (Timbalan Perdana Menteri) dan Chiong Yoke Kong (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan).

Selain itu Ambrose Abong Bugek (Kementerian Kerja Raya), Johari Kassim (Kementerian Dalam Negeri), Ooi Tze Min (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Mohammed Kamaluddin Effendie (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Lee Seang Hock (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya) dan Abdullah Izhar Yusof (Menteri Komunikasi dan Digital),” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.