Anifah Aman dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri

Anifah Aman dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri

ANIFAH Aman (kanan) selepas menerima watikah pelantikan di Pejabat Ketua Menteri di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Anifah, 69, yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis itu menerima watikah pelantikan daripada Hajiji di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji berkata, pelantikan Anifah sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam perhubungan antarabangsa dapat membantu kerajaan negeri dalam menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara luar dan pelabur asing, selaras dengan dasar mesra pelabur.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau diberi taklimat ringkas oleh Arthur mengenai projek kerjasama MOSTI dengan jabatan dan agensi negeri serta program-program yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Hajiji mahu MOSTI menerusi jabatan dan agensinya membantu Sabah dalam merancakkan lagi pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi, termasuk penyaluran pelbagai dana dan inisiatif yang ditawarkan oleh kementerian itu ke Sabah. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya