Anggota polis parah terjatuh dari tingkat empat pangsapuri - Utusan Malaysia

Anggota polis parah terjatuh dari tingkat empat pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar parah dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah apartment di Lumut semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, laporan kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 5.45 pagi.

Katanya, siasatan mendapati anggota lelaki berusia 38 tahun itu bertugas di Kontinjen Pahang dan sedang dalam tempoh bercuti.

“Anggota itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan di rumah keluarganya di Ayer Tawar, semalam.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan dan keadaannya kini kritikal,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian tersebut.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Inspektor N. Ravinthiran di talian 019-6508489.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menular maklumat tidak sah berkaitan kejadian itu hinggga mengganggu siasatan polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.