Anak saudara hidupkan watak Michael Jackson dalam filem biopik - Utusan Malaysia

Anak saudara hidupkan watak Michael Jackson dalam filem biopik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Anak saudara Michael Jackson, Jaafar Jackson bakal menghidupkan watak Raja Pop dunia tersebut dalam filem biopik yang diberi judul Simply Michael.

Jaafar, 26, yang merupakan anak kepada abang Michael, Jermaine Jackson, mengakui berbesar hati apabila diberi kepercayaan membawakan watak ikon muzik yang cukup dihormati.

“Saya berbesar hati dan bangga kerana diberi peluang untuk menghidupkan bapa saudara saya dalam biopik tersebut.

“Kepada semua peminat, jumpa anda tidak lama lagi,” tulisnya berserta sekeping gambar di Twitter.

Michael yang mencipta kemasyhuran menerusi kumpulan The Jackson 5 meninggal dunia ketika usia 50 tahun pada 2009.

Beliau diiktiraf sebagai artis solo paling berjaya dalam sejarah dan menerima jolokan Raja Pop.

Sementara itu, ibu Michael, Katherina Jackson, meluahkan perasaan bangga dengan pemilihan Jaafar untuk menggalas watak tersebut.

“Jaafar adalah jelmaan semula anak saya. Saya gembira melihat dia meneruskan legasi Jackson sebagai penghibur,” ujarnya.

Dalam pada itu, penerbit biopik berkenaan, Graham King memaklumkan The Guardian, pencarian pelakon untuk watak Michael telah dibuat di seluruh dunia sebelum mereka memutuskan untuk menawarkannya kepada Jaafar.

“Saya terkesima melihat bagaimana Jaafar berjaya menghidupkan semangat dan personaliti Michael ketika kali pertama bertemunya sekitar dua tahun lalu.

“Jaafar ternyata individu yang kami cari untuk melakonkan watak itu, meskipun pencarian pelakon telah dibuat serata dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya