Amir Masdi ingat pesan ibu, azam tak mahu tinggal solat - Utusan Malaysia

Amir Masdi ingat pesan ibu, azam tak mahu tinggal solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ibu pesan, kalau hendak berjaya dunia akhirat jangan tinggal solat. Disebabkan itu, tahun ini saya mahu lebih fokus jaga solat.

Itu jawapan penyanyi muda, Amir Masdi tatkala ditanya tentang perancangan kerjaya seninya dan azam memasuki tahun baharu, 2023.

Jelas penyanyi Debu ini, dia meletakkan azam baharu setiap tahun untuk terus memperbaiki ibadah walaupun sibuk dengan jadual seni.

“Lebih tumpuan kepada amal ibadah untuk memperbaiki diri. Kalau boleh, setiap tahun mahu lebih baik. Saya berpegang kepada prinsip suara, rupa, kejayaan dan rezeki semua datang daripada Dia.

“Saya kena ingat dan pegang kepercayaan itu. Macam mana sibuk sekali pun, perkara wajib kena buat. Tidak boleh tinggal dengan alasan tidak sempat,” ujarnya.

Amir juga menolak persepsi segelintir pihak yang menganggap pilihannya untuk terus tinggal di rumah ibu bapa adalah kerana tidak mahu hanyut dengan sisi gelap dunia seni.

“Bukan sebab takut hanyut. Insya-Allah, saya pandai jaga diri. Saya tidak mahu membazir, nanti kena bayar sewa rumah dan pelbagai urusan lain. Lagipun, saya sudah ubah suai bilik menjadi studio tempat bekerja.

“Ibu bapa saya pun tidak kacau apabila dengar saya menulis atau bermain muzik. Mereka sudah faham waktu kerja saya,” katanya yang giat memperomosikan single baharu, Biru Malam, kolaborasi bersama Chubb-E.

Bercakap soal kerjaya seni, Amir sedang sibuk mencari material baharu untuk dimuatkan dalam album yang bakal dilancarkan tahun ini.

“Saya memang fokus kepada genre rock, tetapi terbuka untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan unik. Kolaborasi lain daripada lain.

“Lagu baharu juga sedang dirancang. Tetapi, kalau ada yang minta saya menyanyikan lagu rock malar segar yang lain, mungkin tidak. Cukuplah Sepi Sekuntum Mawar Merah,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.