Ajar seni, teater dari sekolah rendah- Asrulfaizal

Ajar seni, teater dari sekolah rendah- Asrulfaizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Asrulfaizal Kamaruzaman mencadangkan agar teater diajar bermula dari peringkat sekolah rendah untuk memupuk kecintaan orang muda terhadap kesenian itu.

Pelakon filem Duan Nago Bogho itu berkata, langkah itu perlu bagi memastikan teater dapat terus dirakyatkan dan tidak hilang ditelan zaman.

“Sukar untuk kita pupuk minat orang muda terhadap bidang kesenian, termasuk teater sekiranya cabang ini tidak diajar dengan lebih mendalam bermula dari sekolah rendah.

“Saya bersetuju dengan pandangan pelakon, Fauziah Nawi yang mencadangkan seni, termasuk teater diajar di sekolah. Itu yang sepatutnya kita buat kalau mahu seni tradisi kita maju,” katanya.

Tegas Asrulfaizal lagi, bidang kesenian dan pendidikan saling berhubung kait antara satu sama lain. Justeru katanya, seni perlu lebih diterapkan dalam sistem pendidikan negara.

“Seni tradisi melambangkan jati diri kita. Kalau tidak didedahkan, ia akan jadi hidup segan mati tak mahu dan sukar untuk dikomersialkan.

“Kita ada ramai tenaga pengajar yang pakar dan berkelulusan dalam bidang seni, termasuk teater. Kepakaran mereka boleh dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan tersebut.

“Kita mahu mengajak seluruh masyarakat membudayakan seni dan teater, bukan setakat mereka yang menggilakannya sahaja,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.