Ahmad Redza dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu

Ahmad Redza dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu

MOHD. Zuki Ali (kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Ahmad Redza Ghulam Rasool sebagai Ketua Pengarah JKR baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Datuk Ahmad Redza Ghulam Rasool dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan Ahmad Redza, 59, adalah berdasarkan kelayakan, ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, pengurusan projek pembangunan dan pengurusan aset.

Menurut beliau, Ahmad Redza pernah menjawat Pengarah Negeri di beberapa negeri dan juga sebagai Pengarah Kanan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 39 tahun sebagai Jurutera Awam bermula pada 21 Disember 1984 dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari Universiti Missouri, Amerika Syarikat.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki beliau dapat memacu agenda pembangunan dan infrastruktur negara sekali gus mengangkat JKR sebagai agensi teknikal utama negara bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi pihak kerajaan, Mohd. Zuki merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Mohamad Zulkefly Sulaiman atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sepanjang perkhidmatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya