KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah dipercayai tidak sepakat untuk bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) untuk membentuk kerajaaan negeri baharu. Utusan Malaysia difahamkan, 11 daripada 17 ADUN BN Sabah masih kekal menyokong Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. Pertemuan tujuh ADUN BN bersama Hajiji semalam menguatkan lagi dakwaan bahawa tidak semua ADUN BN sepakat untuk menarik sokongan daripada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk…










