Acha Septriasa keguguran anak kedua

Acha Septriasa keguguran anak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sambutan tahun baharu pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa, 33, disulami berita sedih apabila dia keguguran anak kedua, baru-baru ini.

Perkongsian itu mengejutkan banyak pihak, tatkala ramai selebriti berkongsikan berita gembira dan impian mereka sempena kedatangan tahun baharu, lapor Suara.com.

“Berita yang tidak disangka dan paling tidak dingini adalah kami kehilangan kandungan pada trimester pertama.

“Kami sangat sedih terhadap ketentuan ini dan berjanji akan kembali lebih kuat bersama tiga ahli keluarga,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Sebagai penutup hantaran yang dimuat naik itu, Acha yang pernah membintangi filem Heart, mengharapkan semua supaya menikmati kehidupan di tahun baharu.

“Kekuatan batin saya adalah mengetahui bila waktu perlu berehat dan bersantai. Jangan lupa untuk menjalani kehidupan semula.

“Detik-detik gembira hari ini adalah perkara sedih yang akan difikirkan esok. Terima kasih 2022,” katanya.

Acha mendirikan rumah tangga dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta.

Pasangan tersebut bertemu ketika sama-sama menuntut di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya