Abdul Razak kini Ketua Polis Mersing 

Abdul Razak kini Ketua Polis Mersing 

KAMARUL Zaman Mamat (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Mersing antara Abdul Razak (kanan) dan Cyril Edward di IPD Mersing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani kini menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Mersing yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Abdul Razak menggantikan Superintenden Cyril Edward Nuing yang sebelum ini berkhidmat selama enam tahun di daerah Mersing.

Cyril akan berpindah ke Sabah sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Kontinjen Sabah.

Terdahulu, Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Mersing dan Pengerusi Perkep Daerah Mersing itu disempurnakan Ketua Polis Johor,  Datuk Kamarul Zaman Mamat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing. 

Abdul Razak ketika ditemui bertekad memberi fokus terhadap pendekatan dan usaha memastikan ketenteraman awam, keselamatan terjaga supaya masyarakat akan hidup dalam keadaan selamat

“Di Mersing saya melihat pendekatan komuniti-polis iaitu polis dan masyarakat berpisah tiada. Kemungkinan besar saya akan fokus terhadap hubungan baik antara PDRM dan masyarakat,” katanya. 

Menurutnya, Mersing banyak perbezaannya dengan daerah lain seperti Johor Bahru, Kulai, Kluang dan Seri Alam.

“Jadi saya melihat cara kita untuk mendekati masyarakat itu adalah platform untuk kita mengeratkan polis dengan masyarakat.

“Menerusi pendekatan itu menjadi peluang kita dalam usaha memastikan Mersing lebih selamat dan masyarakat merasakan polis itu sentiasa ada bersama-sama mereka.

“Dalam masa sama, kita akan memastikan penambahbaikan dilakukan untuk memastikan polis Mersing menyampaikan perkhidmatan yang profesional, terbaik dan berintegriti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya