904 ditangkap dalam aktiviti judi

904 ditangkap dalam aktiviti judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis merampas wang tunai berjumlah hampir setengah juta melibatkan sebanyak 904 tangkapan dalam kegiatan perjudian melalui Op Limau sempena Tahun Baharu Cina, baru-baru ini. 

Dalam operasi tersebut, sebanyak 137 serbuan dijalankan di seluruh negara sejak 15 Januari hingga kelmarin.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, jumlah tersebut melibatkan 650 tangkapan dengan rampasan wang berjumlah RM440,647 dalam kegiatan judi dalam bangunan.

Katanya, sebanyak 254 tangkapan bagi judi luar bangunan melibatkan rampasan wang kira-kira RM73,146.

“Tangkapan tertinggi adalah di Selangor iaitu 166 kes diikuti Negeri Sembilan (123 kes) diikuti Pahang (89 kes).

“Operasi dijalankan selama 15 hari bagi membanteras aktiviti perjudian dalam bangunan dan tempat terbuka sempena perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 7(2) ARJT 1953.

“PDRM akan mengambil tindakan tegas kepada individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan berlandaskan undang-undang sedia ada dalam usaha menangani aktiviti perjudian. 

“Orang ramai mempunyai maklumat boleh menyalurkan melalui hotline WhatsApp Op Limau di talian 016-5773477.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.