9,000 tiket konsert Harris Jayaraj terjual

9,000 tiket konsert Harris Jayaraj terjual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penganjur konsert Hearts of Harris Live in Kuala Lumpur mampu menarik nafas lega selepas 9,000 tiket terjual dalam tempoh beberapa jam jualan dibuka.

Konsert yang menampilkan komposer terkenal dari India, Harris Jayaraj, 48, bakal menggegarkan penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Penonton bakal disajikan dengan seleksi 39 lagu hits seperti Vaseegara, Unakkul Naane, Anbe En Anbe dan banyak lagi lagu melankolik, rancak dan instrumental pada malam tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Malik Streams Corporation, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, ia merupakan konsert terbesar pertama Harris yang juga pemuzik dan penyanyi berasal dari Chennai, Tamil Nadu.

“Seramai 14 penyanyi dari India seperti Vijay Prakash, Sridhar Sena, Benny Dayal dibawa khas pada konsert itu nanti. Pemuzik dan penyanyi dari Malaysia juga akan membuat penampilan khas seperti DJ Jay, DJ Das dan Amos Paul.

“Saya pasti penonton akan terhibur dengan susunan lagu dan gubahan muzik yang dipersembahkan sepanjang konsert,” katanya.

Harris dikenali di peringkat antarabangsa menerusi album sulung, Minnale pada 2001, selain banyak menghasilkan runut bunyi bagi filem Tamil.

Dia memulakan karier sebagai pemain gitar dan pernah meraih pengikitrafan serta anugerah sepanjang hayat daripada Kerajaan Tamil Nadu.

Sejak 2001, Harris sudah memenangi pelbagai anugerah dan pernah menjalin kerjasama dengan artis Malaysia menerusi album Dhaam Dhoom dan Iru Mugan.

Selain Malaysia, Harris yang lahir pada 1975 juga bakal mengadakan konsert di Chennai dan London.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN