835 tan jagung berjaya dihasilkan sepanjang 2022

835 tan jagung untuk ternakan berjaya dihasilkan sepanjang 2022

LOKMAN HAKIM Ali (kanan) ketika meninjau ladang jagung bijian di Chuping, Perlis. - GAMBAR IHSAN DOA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Projek rintis penanaman jagung bijian sebagai makanan untuk industri ternakan di seluruh negara mula menampakkan hasil positif sepanjang tahun lepas dengan merekodkan sebanyak 835 tan metrik komoditi bahan bijirin tersebut dihasilkan.

Menurut Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), ia hasil pembangunan kawasan seluas 253 hektar meliputi beberapa negeri di bawah Dasar Agromakanan Negara antaranya projek rintis membabitkan keluasan lima hektar di Lembah Chuping bermula 2017.

Setahun kemudian, pihak kementerian itu melaksanakan inisiatif memulakan kembali Projek Pembangunan Industri Jagung Bijian di bawah Program Sumber Kekayaan Baharu demi mengurangkan kebergantungan 100 peratus import bahan asas makanan haiwan tersebut.

Malah, pihaknya menyasarkan keluasan 500 hektar untuk dibangunkan sebagai ladang jagung bijian di seluruh Perlis menjelang 2025 kelak yang mana setakat ini, ia sudah mencapai seluas 164 hektar, selain turut dibangunkan di Kedah, Perak, Pahang dan Sarawak.

“Ada trend peningkatan dengan pihak swasta kerana harga jualan komoditi ini mencecah RM1,800 pertan,” katanya dalam kenyataan hari ini selepas lawatan kerja Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Datuk Lokman Hakim Ali ke ladang itu di Perlis semalam.

Lokman Hakim dilaporkan optimis sasaran MAFS bagi penghasilan 30 peratus atau 600,000 tan metrik jagung bijian dalam tempoh 10 tahun akan datang. Komoditi tersebut merupakan komponen amat penting bagi industri ternakan yang meliputi hingga 60 peratus dalam dedak dan sekali gus mampu mengurangkan kos penternakan.

Beliau bahkan yakin, tanaman itu dapat meningkatkan pendapatan petani sejajar dengan rangka kerja tiga fasa Industri Jagung Bijian Negara sehingga tahun 2032 menyasarkan keluasan 50,000 hektar dimajukan secara berperingkat.

Ketika ini penghasilan sudah melepasi hampir enam tan bagi setiap hektar tanah dengan tujuh varieti jagung bijian sesuai ditanam di Malaysia iaitu GWG 111, GWG 888, GWG 5006, P 4546, KWS 8933, Pacific 339 dan Golconda 709. Malaysia terpaksa mengimport lebih dua juta tan metrik komoditi tersebut yang bernilai RM1.73 bilion pada 2021 lalu terutamanya dari Amerika Syarikat, Argentina dan Brazil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.