PAU2022: UMNO letak calon muka baharu dan muda di PRN

PAU2022: UMNO letak calon muka baharu dan muda di semua enam PRN

pau2022
Orang ramai mendengar ucapan penggulungan Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO akan meletakkan muka-muka baharu dan muda sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada masa terdekat.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri diminta untuk mengenal pasti dan mengetengahkan calon-calon tersebut khususnya membabitkan daripada sayap Pemuda dan Puteri.

Katanya, persediaan perlu dilakukan segera kerana agar UMNO dilihat bergerak ke hadapan dalam melakukan perubahan dan pembaharuan dalam gerak kerja dan tindakan.

“UMNO perlu diremajakan. Remaja dalam konteks muka-muka baharu dan idea-idea segar. UMNO mesti berupaya menawarkan harapan baharu buat rakyat,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya dan War Room enam PRN tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya