20,131 kesan vaksin dilapor setakat 26 Disember

20,131 kesan vaksin dilapor setakat 26 Disember

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menerima 20,131 Laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) setakat 26 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah yang diterima itu adalah daripada penerima vaksin Covid-19 MRNA Comirnaty (Pfizer) yang bersamaan 499 laporan bagi setiap sejuta dos.

Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, 94.2 peratus adalah kes-kes yang tidak serius, bersifat sementara dan tidak menimbulkan sebarang potensi risiko kepada kesihatan penerima vaksin.

“Demam, sakit pada tempat suntikan, sakit kepala, sakit otot dan keletihan merupakan antara kesan advers yang kerap dilaporkan penerima vaksin.

“Daripada jumlah keseluruhan AEFI, 1,162 laporan dikategorikan sebagai AEFI serius berdasarkan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Daripada 1,162 laporan AEFI serius itu, hanya satu kes radang otot jantung yang berkemungkinan mempunyai hubung kait dengan vaksin Comirnaty yang diambil,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, kadar pelaporan di Malaysia adalah konsisten seperti yang dilaporkan di luar negara dan profil keselamatan vaksin Comirnaty adalah pada tahap yang boleh diterima.

Noor Hisham berkata, ia juga tidak menunjukkan peningkatan risiko myocarditis/pericarditis, acute facial paralysis, strok dan myocardial infarction dalam tempoh 21 hari selepas penerimaan vaksin Comirnaty.

Menurutnya, sejak bermulanya Program Imunisasi Covid-18 Kebangsaan (PICK) pada 24 Februari 2021 sehingga 26 Disember lalu sejumlah 44,813,270 dos vaksin Comirnaty diberikan.

“Sehingga 26 Disember lalu, kadar pelaporan tempatan untuk AESI adalah anaphylaxis (1.6 bagi setiap sejuta dos), acute facial paralysis (2.0 bagi setiap sejuta dos), myocarditis/ pericarditis (1.5 bagi setiap sejuta dos) dan VITT (0.02 bagi setiap sejuta dos),” katanya.

Katanya, KKM turut menggalakkan ahli profesional kesihatan dan penerima vaksin untuk melaporkan kesan AEFI yang dialami melalui saluran disediakan.

Jelasnya lagi, penerima vaksin yang mengalami AEFI boleh membuat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera untuk kesan advers tidak serius yang disenaraikan dalam aplikasi tersebut.

Selain itu, katanya, laporan AEFI juga boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi borang pelaporan untuk pengguna, iaitu Consumer Side Effect Reporting Form (ConSERF) yang boleh diakses di laman sesawang NPRA ( www.npra.gov.my ). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya