2 lelaki ditahan disyaki jual air ketum - Utusan Malaysia

2 lelaki ditahan disyaki jual air ketum

SEBAHAGIAN daripada air ketum yang siap diproses yang dirampas polis Daerah Barat Daya daripada dua lelaki dalam serbuan di Teluk Kumbar, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Polis Daerah Barat Daya menahan dua lelaki tempatan di Teluk Kumbar dekat sini, semalam kerana disyaki menjalankan aktiviti penjualan air ketum.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan, suspek berusia 23 dan 36 tahun itu ditahan selepas dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.

”Hasil pemeriksaan telah menemukan kira-kira 126 liter disyaki air ketum siap diproses yang bernilai RM1,260.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, tambah kenyataan itu, polis turut menyita lapan buah motosikal kerana pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Seagate), Bayan Lepas, di sini kelmarin.

Katanya, operasi itu dijalankan dari pukul 11 malam dan tamat kira-kira empat jam kemudian dalam usaha polis membendung kegiatan samseng jalanan dan lumba haram serta jenayah.

“Dalam operasi itu juga polis menahan dua lelaki berusia 21 tahun kerana menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya di kawasan lebuh raya tersebut.

“Kesemua kes disiasat menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kenyataan itu berkata, sebanyak 52 keping saman turut dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan kerana pelbagai kesalahan dan polis akan meneruskan operasi tersebut dari semasa ke semasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya