14 suspek kes samun tumpas di Kedah

14 suspek kes samun tumpas di Kedah

Operasi khas telah dilakukan sejak tiga bulan lalu bagi mengesan kumpulan jenayah terancang yang aktif melakukan kes samun dan kekerasan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis Kedah berjaya menyelesaikan lebih 21 kes samun termasuk samun bersenjata menerusi penahanan 14 suspek termasuk tiga wanita tempatan dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar negeri ini, baru-baru ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kesemua suspek ditahan menerusi satu operasi khas yang dilakukan kira-kira pukul 6 petang, 13 Januari lalu.

Beliau berkata, operasi tersebut telah dilakukan sejak tiga bulan lalu bagi mengesan kumpulan jenayah terancang yang aktif melakukan kes samun dan kekerasan.

Katanya, ekoran tangkapan ini, pihaknya telah berjaya menyelesaikan kes samun di sekitar negeri ini dan negeri bersempadan yang mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM700,000.

“Kita juga berjaya merampas barang-barang milik mangsa yang terdiri daripada pelbagai jenis telefon bimbit, barang kemas, wang tunai dan pelbagai jenis barang berjenama.

“Turut dirampas, pelbagai jenis senjata tajam dan tujuh buah kenderaan yang digunakan kumpulan ini untuk kegiatan samun yang kesemua barangan dirampas bernilai RM200,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut beliau, semakan rekod lampau mendapati terdapat dalam kalangan suspek yang ditahun itu masih berada dalam senarai dikehendaki membabitkan kes samun dan juga dadah.

“Modus operasi mereka adalah mensasarkan rumah-rumah yang terasing jauh, bergerak menaiki kenderaan dalam melakukan kegiatan samun di awal pagi secara berkumpulan. Suspek juga menggunakan senjata parang serta mengugut dan mengambil barangan berharga milik mangsa,” jelasnya.

Tambahnya, polis turut menyerbu premis pajak gadai dan merampas kembali barangan kemas milik mangsa.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang mengaut keuntungan dan membantu mana-mana pihak yang dalam pengetahuannya adalah hasil kegiatan jenayah,” ujarnya.

Wan Hassan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya