1,005 penternak di 6 negeri rugi akibat Monsun Timur Laut

1,005 penternak di 6 negeri rugi akibat Monsun Timur Laut

AKMA Ngah Hamid (tengah) menyantuni antara penternak yang terjejas teruk akibat Monsun Timur Laut di Bachok, Kelantan. - FOTO IHSAN JPV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kejadian banjir besar melanda seluruh negara akhir tahun lalu akibat kesan Monsun Timur Laut mengakibatkan seramai 1,005 penternak menanggung kerugian.

Perkara tersebut dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menerusi laman sosial rasmi sebagai merujuk laporan awal kerosakan bencana teruk itu melibatkan enam negeri dan ia jauh lebih besar daripada hanya 287 penternak terkesan akibat isu bencana sepanjang 2021 lalu.

Bagaimanapun, agensi itu merekodkan anggaran nilai kerugian cuma RM3,829,489 yang dialami penternak terlibat dan kurang berbanding RM5,264,379 pada tahun sebelumnya.

Terengganu mencatatkan kerosakan paling tinggi iaitu membabitkan 781 penternak yang mengusahakan 43,789 ternakan dengan menanggung kerugian sebanyak RM3,470,000.

Paling dahsyat di Besut sehingga Ketua Pengarah JPV, Dr. Akma Ngah Hamid turut ‘turun padang’ menyantuni kira-kira 100 penternak di daerah tersebut yang amat terjejas teruk diikuti Kelantan yang setakat 2 Januari lalu merekodkan seramai 188 penternak dengan 19,165 ekor ternakan pelbagai serta kerugian dianggarkan RM279,450.

Akma ujar JPV, juga berpeluang menyantuni para penternak terutamanya di Daerah Bachok paling terkesan teruk dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Baki negeri lain yang turut mengalami situasi sama ialah Perak dengan 20 penternak dan nilai kerugian RM10,000 diikuti Pahang seramai lapan penternak juga nilai kerugian sama.

Tidak ketinggalan ialah Johor yang mencatatkan tujuh penternak dengan nilai kerugian RM43,539 dan jirannya, Negeri Sembilan pula cuma seorang penternak dan rugi RM16,500. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.