Yayasan Petronas sumbang 200 pek perayaan Sentuhan Kasih di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Yayasan Petronas sumbang 200 pek perayaan Sentuhan Kasih di Pulau Pinang

ZAKARIA Taib (kini) menyerahkan sumbangan pek perayaan serta barangan keperluan asas menerusi program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas kepada para penerima bantuan George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Yayasan Petronas menyemarakkan sambutan perayaan Krismas di Pulau Pinang dengan mengedarkan pek perayaan serta barangan keperluan asas menerusi program Sentuhan Kasih yang diadakan di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Shariah Nelly Francis berkata, bagi Pulau Pinang, seramai 200 penerima serta keluarga yang memerlukan dikenal pasti menerusi kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa meneruskan amalan dan menyemai nilai-nilai murni dengan menghulurkan sumbangan keperluan kepada golongan dan keluarga yang memerlukan.

“Kami komited untuk menyokong komuniti yang memerlukan dengan menyediakan keperluan asas untuk keperluan mereka,” katanya kepada pemberita selepas program itu yang turut dihadiri Pengarah JKM Pulau Pinang, Zakaria Taib.

Menurut Shariah Nelly, pihaknya berharap usaha itu dapat membantu meringankan dan mengembalikan senyuman serta kegembiraan kepada penerima berkenaan khususnya semasa musim perayaan kali ini.

Jelas beliau, Yayasan Petronas menerusi program itu turut bekerjasama dengan JKM, agensi negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk pengagihan bantuan di 12 buah negeri lain di seluruh negara.

Dalam pada itu, Zakaria berkata, program dengan kerjasama Yayasan Petronas itu telah diadakan sejak lima tahun lalu sekali gus berharap berterusan pada masa depan.

”Kami amat berbesar hati menerima sumbangkan 200 kotak makanan daripada Yayasan Petronas yang kemudiannya akan diagihkan kepada penerima bantuan JKM yang layak.

”Kerjasama seperti ini juga diharapkan dapat dicontohi agensi-agensi korporat yang lain bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, bagi penerima bantuan, Hoi Yik Kee, 36, dia amat menghargai bantuan yang diterima daripada Yayasan Petronas itu dan akan menggunakkan bagi sambutan Krismas nanti.

”Sebelum ini saya ada menerima bantuan sebegini ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), kali ini saya terima bantuan ketika musim perayaan Krismas pula, jadi saya amat hargai bantuan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya