Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu punya pendirian tegas

Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu berpendirian tegas

PANDIKAR AMIN MULIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Rakyat harus dipilih dalam kalangan individu yang mempunyai pendirian tegas dan tidak akan menarik balik keputusan yang dibuat sewaktu Dewan bersidang.

Itu antara perkara yang perlu diambil kira oleh Kerajaan Perpaduan dalam memilih Speaker Dewan Rakyat yang baharu, kata bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata, Speaker yang dipilih juga perlu bijak membuat pertimbangan terhadap pendirian kerajaan terhadap sesuatu isu yang dibahas di Dewan Rakyat yang bertentangan dengan pendirian pembangkang.

Ia penting agar tidak menimbulkan persepsi orang awam bahawa Speaker bersikap belah sebelah dan menyebelahi pihak kerajaan.

“Speaker yang dipilih haruslah dalam kalangan mereka yang pernah menjadi ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta berpengalaman luas tentang persidangan Parlimen dan perlembagaan.

“Individu itu juga harus melakukan banyak penyelidikan mengenai prosedur-prosedur persidangan di negara-negara Komanwel dengan banyakkan membaca serta memahami Usul dan Rang Undang-Undang yang dibentangkan di Dewan Rakyat setiap hari,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pandikar Amin, yang juga Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) itu berkata, Speaker yang dipilih juga mesti seorang yang berani untuk membuat keputusan bagi membolehkan persidangan Dewan berjalan lancar.

Pandikar Amin telah berkhidmat sebagai Yang Dipertuan Dewan Rakyat selama 10 tahun bermula 2008 hingga 2018.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan akan berlaku perebutan kerusi antara wakil kerajaan dan Perikatan Nasional (PN) dalam pemilihan Yang Dipertuan Dewan Rakyat.

Sebelum ini, PN dikatakan akan menghantar cadangan nama calon Speaker Dewan Rakyat ke Parlimen.

Perkembangan itu akan menyaksikan berlaku proses pengiraan undi untuk memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat apabila melibatkan dua calon masing-masing daripada blok kerajaan dan pembangkang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya