XPrienz kembangkan rangkaian perniagaan melalui kejohanan golf

XPrienz kembangkan rangkaian perniagaan melalui kejohanan golf

PARA peserta bergambar sebelum memulakan kejohanan XPrienz Entrepreneur Golf Challenge di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: XPrienz Entrepreneur Golf Challenge yang julung kali dianjurkan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) pada 15 Disember lalu berlangsung meriah dengan peserta dapat mempamerkan bakat dalam sukan golf selain mengembangkan rangkaian perniagaan masing-masing.

Kejohanan yang dianjurkan Eatcosys Sdn. Bhd. dengan kerjasama Komuniti Golf Usahawan Malaysia itu merupakan salah satu acara premium utama di bawah Xprienz yang telah direka khas untuk menyediakan ahli dengan pelbagai peluang untuk meningkatkan kehidupan sosial mereka.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Eatcosys Sdn. Bhd., Tham Lih Chung berkata, pihaknya percaya persekitaran peniagaan yang moden melalui lapangan dan kejohanan golf sangat penting untuk membina, memupuk dan mengekalkan hubungan yang kukuh dalam rantaian perniagaan

IVAN Yap (tengah) bersama peserta XPrienz Entrepreneur Golf Challenge.

“Kami mengadakan cabaran golf dengan hadiah lumayan untuk dimenangi bagi menjadikannya lebih menarik. Saya sangat teruja melihat pertandingan ini memberi manfaat kepada lebih 100 pemimpin perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Komuniti Golf Usahawan Malaysia, Ivan Yap berkata, golf berfungsi sebagai platfom yang positif kerana ia diasaskan atas etika dan permainan yang adil.

“Kami sentiasa mengalu-alukan rakan strategik yang ingin merevolusikan pengalaman bermain golf seperti XPrienz. Cabaran golf ini sesuai untuk pemain golf generasi baharu yang lebih suka mengembangkan bakat mereka,” kata Ivan.

Antara penaja Cabaran Golf Usahawan XPrienz ialah Sojo, Claritas, Propbuddies, EV City, Crestlink, Garmin, Priority Xplorer & Event, Deemples, 100 Plus, Hurix, Thule dan Kitsuzo Izakaya.

Keahlian XPrienz berharga RM5,000 setahun atau RM500 sebulan manakala kad tambahan berharga RM3,000 setahun atau RM300 sebulan manakala ahli dipilih sendiri dan dijemput oleh kumpulan Eatcosys berdasarkan nilai, minat dan aspirasi mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya