Waris mangsa masih berduka, beri masa untuk bertenang

Waris mangsa masih berduka, beri masa untuk bertenang

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta memberi ruang kepada waris dan keluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali-Genting Highlands untuk bertenang buat masa ini.

Ini setelah waris dan keluarga mangsa yang ditemui pemberita enggan memberikan sebarang reaksi selepas keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, waris mangsa masih berduka dan pihaknya sedang memberi sokongan sepenuhnya kepada mereka.

“Saya lihat sendiri bagaimana sukarnya waris mangsa ketika ini. Kita kena bagi ruang untuk mereka bertenang.

“Ketika ini, proses yang dilalui mereka sangat sukar, jadi bagi ruang kepada mereka, saya minta itu sahaja supaya mereka boleh mendapatkan maklumat yang tepat dan mendapat sokongan sewajarnya.

“Ia juga melibatkan sokongan dari rakyat Malaysia secara keseluruhan dan mendoakan supaya proses ini dipermudahkan. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya lagi, pihak Kementerian Pendidikan turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Hospital Sungai Buloh bagi memberikan sokongan moral kepada waris mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN