Warga emas enggan pindah ke PPS, bimbang 3 lembu lemas

Warga emas enggan pindah ke PPS, bimbang 3 lembu lemas

MOHAMAD Seman menunggu di tepi kawasan yang ditenggelami banjir selepas bimbang dengan keadaan tiga ekor lembunya selepas Kampung Baroh Pial dinaiki air di Rantau Panjang, Kelantan semalam. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang warga emas enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) disebabkan bimbang dengan keadaan tiga ekor lembunya selepas Kampung Baroh Pial di sini dilanda banjir semalam.

Meskipun dipujuk anaknya selama sejam, Mohamad Seman, 74, tetap berkeras mahu meredah banjir ke tempat lembunya.

Anaknya, Nur Syafikah, 26, berkata, sebelum ini, ayahnya sudah memindahkan lembu-lembu itu ke tempat selamat sebanyak tiga kali semasa hujan lebat melanda kampung.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga tempat itu semuanya dinaiki air. Situasi tersebut menyebabkan ayah mula gelisah bimbang jika lembunya mati lemas,” katanya ditemui Utusan Malaysia di Kampung Baroh Pial di sini semalam.

Nur Syafikah memberitahu, dia tinggal berdua bersama ayahnya di Kampung Baroh Pial dan perlu berpindah ke PPS ke­rana air sudah mencecah hampir satu meter di dalam rumahnya.

Sementara itu, Mohamad berkata, dia bimbang kerana seekor lembunya ditambat dan mahu ke tempat lembu itu untuk melepaskannya.

“Nur Syafikah tidak membenarkan saya ke sana kerana arus deras dan air semakin dalam.

“Saya akhirnya akur dan setuju untuk berpindah ke PPS apabila ada penduduk kampung memaklumkan bahawa tiga ekor lembu itu berada dalam keadaan selamat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN