Ummi Nazeera pula tarik diri daripada Muafakat Nasional

Ummi Nazeera pula tarik diri daripada Muafakat Nasional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah membuat keputusan menarik diri daripada menyertai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN), semalam, langkah sama juga diambil pelakon, Ummi Nazeera.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Rindu Kasih itu memaklumkan keputusannya itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, pagi tadi.

Ummi berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keguasaran peminat yang menjadi tulang belakang menyokong kerjaya seninya selama ini.

Bahkan, katanya, keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira pandangan pihak berkepentingan.

“Ummi akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan fokus kepada keluarga. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menzahirkan penghargaan kepada NGO tersebut atas kepercayaan mereka sebelum ini.

“Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik Ummi dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO,” katanya.

Semalam, Raja Pop, Jamal Abdillah turut mengumumkan pengunduran daripada NGO tersebut kerana mahu bersikap neutral tanpa mewakili mana-mana pihak.

Baginya, pilihan itu tidak bersesuaian dengan prinsipnya sebagai penghibur yang menginginkan semua pihak menyukainya, termasuk peminat dalam kalangan parti politik.

Sebelum ini, seramai 30 individu dipilih menyertai Ahli Dewan Tertinggi MN termasuk Jamal yang dijemput sendiri oleh Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa.

Individu yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti golongan profesional, ahli akademik dan pempengaruh bagi menggerakkan NGO tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya