HULU SELANGOR: Peluang baki 12 mangsa tragedi tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands untuk hidup adalah tipis setelah mengambil kira faktor hari kedua yang belum ditemukan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, malah keadaan tanah yang agak tebal menghempap badan mangsa sekali gus menyukarkan mereka untuk hidup.
Bagaimanapun, katanya, keadaan sebaliknya jika baki mangsa dihempap pokok sekali gus mereka berpotensi untuk bernafas.
“Kalau secara kasar, peluang tipis 99.9 peratus (untuk hidup) setelah mereka belum ditemukan hari kedua dan berdasarkan keadaan lokasi itu sendiri.
“Di samping berdasarkan kedalaman tanah antara tiga dan meter kaki, mangsa sedang tidur ketika kejadian berlaku sekali gus keadaan suntuk untuk selamatkan diri.
“Kecuali berada di timbunan pokok dan kayu, maka ada ruang untuk hidup,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN










