HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh tapak di Batang Kali-Genting Highland, di sini diteruskan sehingga pukul 4 pagi esok.
Bagaimanapun, sebarang perubahan dimaklumkan semula sekiranya cuaca semakin buruk susulan hujan rintik sejak pukul 9.30 malam ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah kepada pemberita di sini.
“Selepas berbincang dengan pasukan bomba, kami bersetuju meneruskan operasi mencari dan menyelamat sehingga pukul 4 pagi dan kemudian disambung semula 9 pagi, esok.
“Sekiranya cuaca semakin buruk, operasi SAR dihentikan serta merta,” katanya.
Setakat pukul 6 petang ini, sejumlah 24 maut dalam tragedi runtuhan manakala sembilan lagi dilaporkan masih hilang.- UTUSAN