HULU SELANGOR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) belum menemukan baki 12 mangsa tragedi tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitenden Suffian Abdullah berkata, pihaknya kini menyambung semula operasi SAR pada 8.30 pagi ini setelah ditangguhkan pada pukul 9 malam tadi ekoran hujan.
Katanya, misi pencarian dilakukan membabitkan 135 anggota daripada empat agensi serta dibantu tujuh ekor anjing pengesan.
“Jumlah mangsa hilang setakat ini adalah 12 orang manakala 21 nyawa terkorban,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN










