[TRAGEDI BATANG KALI] Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi zahir ucapan takziah - Utusan Malaysia

[TRAGEDI BATANG KALI] Raja Salman, Putera Mahkota Arab Saudi zahir ucapan takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud berkenan menzahirkan ucapan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Jalan Genting Highland-Batang Kali, Hulu Selangor, Jumaat lalu.

Dalam satu perutusan yang disiarkan Kementerian Luar Arab Saudi, baginda turut berkenan menzahirkan ucapan sama kepada mangsa, keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia atas dukacita yang melanda negara.

“Kami berdoa semoga Allah mengurniakan rasa sabar dan ketabahan kepada ahli keluarga mangsa, yang cedera segera sembuh dan ditemukan mangsa yang masih hilang.

“Kami juga berdoa semoga rakyat Malaysia dipelihara daripada segala musibah,” titah baginda.

Dalam pada itu, ucapan sama turut dizahirkan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman.

“Saya dimaklumkan mengenai kejadian tanah runtuh di Selangor, yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan dan masih ada yang hilang.

“Salam takziah kepada semua,” katanya.

Pasukan penyelamat perlu mengejar masa dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang tertimbus di tapak perkhemahan Vather’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor.

Dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu, seramai 94 orang dikesan berada di tapak perkhemahan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN