[TRAGEDI BATANG KALI] Identiti mangsa maut dalam proses pengecaman - Utusan Malaysia

[TRAGEDI BATANG KALI] Identiti mangsa maut dalam proses pengecaman

LOKASI kawasan tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Identiti kesemua 19 mangsa yang maut selepas terlibat dalam runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands dekat sini masih dalam proses dikenal pasti.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, pengecaman giat dilakukan oleh pihak hospital ketika ini.

“Masih dalam proses dikenal pasti di hospital dan proses ini mengambil masa sedikit,” katanya ringkas.

Terdahulu, mayat dua mangsa berpelukan ditemukan di Sektor C atau Riverside pada pukul 4.40 petang tadi.

Penemuan itu menjadikan mereka adalah mangsa ke-17 dan 18 tragedi runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highland dekat sini.

Kedua-dua mangsa yang ditemukan berpelukan itu merupakan pasangan ibu dan anak perempuan yang dipercayai dalam lingkungan tiga tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, penemuan mayat dua beranak itu menjadikan baki keseluruhan mangsa yang sedang dikesan adalah seramai 15 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN