Tragedi Batang Kali: 13 maut, tujuh mangsa cedera - Utusan Malaysia

Tragedi Batang Kali: 13 maut, tujuh mangsa cedera

LOKASI kawasan tanah runtuh di Jalan Genting-Batang Kali. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 13 mangsa disahkan maut dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, setakat pukul 11 pagi.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan, sebahagian mangsa terkorban telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur manakala sebahagiannya lagi masih berada di lokasi kejadian.

Katanya, tujuh mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital melibatkan Hospital Kuala Kubu Bharu (tiga mangsa), Hospital Selayang (tiga mangsa) dan satu mangsa di Hospital Kuala Lumpur.

“Sebanyak tiga hospital yang terlibat untuk merawat kes-kes daripada kejadian iaitu seorang setakat ini di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan ada di Hospital Kuala Kubu Baru,” katanya dalam sidang akhbar di Hospital Selayang.

Katanya, salah seorang daripada mangsa perlu menerima rawatan di Hospital Selayang kerana merupakan ibu mengandung dan memerlukan pemerhatian segera.

“Selepas saya melawat yang cedera dan berada di Jabatan Kecemasan di sini, ketiga-tiga memerlukan pemerhatian dan rawatan, ada yang cedera di muka,” jelasnya.

Beliau turut menerima taklimat daripada pihak pengurusan Hospital Selayang mengenai keadaan mangsa kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya