Tiada kompromi aspek keselamatan, ketenteraman awam - Saifuddin Nasution - Utusan Malaysia

Tiada kompromi aspek keselamatan, ketenteraman awam – Saifuddin Nasution

SAIFUDDIN Nasution Ismail mempengerusikan mesyuarat selepas hadir memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak akan berkompromi dengan aspek keselamatan dan ketenteraman awam yang menjadi agenda utama apabila beliau menerajui kementerian itu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, dua perkara terbabit akan terus diperkasakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan didukung semua agensi di bawah portfolio seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, aspek ketenteraman dan keselamatan adalah prasyarat untuk sebuah kerajaan apabila melibatkan mana-mana negara berdaulat dan merdeka, maka sudah pastinya, dengan visi dan misi yang sangat jelas ia menjadi tanggungjawab semua.

“Saya tentu sahaja ingin mengesyorkan slogan ‘Keselamatan Tanggungjawab Semua’ bahawa setiap anggota masyarakat, pertubuhan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu serta siapa sahaja yang namanya rakyat Malaysia harus mendukung cita-cita ini.

“Ini sahaja negara kita, tiada pilihan lain. Ia adalah asas yang satukan kita dengan memelihara dan jaga kepentingan bersama semua yang menjadi asas menyatukan semua kaum, agama dan apa jua latar belakang selagi namanya rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat pertama menteri di pejabatnya hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, lebih penting keperluan wujud keharmonian dalam rangka kehidupan bernegara dan sudah pastinya, semua pihak harus elak keluar kenyataan yang menjurus buka ruang salah faham serta membangkit sentimen mengancam kehidupan harmoni rakyat.

Beliau masih ingat ketika menemani Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di mana Seri Paduka mahu kerajaan baharu bergerak ke arah kestabilan politik, makmurkan ekonomi, fokus isu rakyat, kos sara hidup, isu meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan.

“Saya yakin kewibawaan PDRM yang dipimpin Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dengan undang-undang sedia ada, tanggungjawab ini sesuai dengan hasrat Seri Paduka seperti diungkap dalam kenyataan akhir Majlis Raja-Raja yang memberi peringatan kepada semua pemegang taruh dalam negara.

“Hasrat itu membentuk harapan saya dalam menjalankan tugas ini bahawa aspek keselamatan dan ketenteraman awam tidak akan dikompromi sama sekali. Saya akan terus dari semasa ke semasa dengan perbincangan dengan Ketua Setiausaha KDN, Acryl Sani dan agensi lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya