Tetap tanggung keluarga walau hidup serba kekurangan

Tetap tanggung keluarga walau hidup serba kekurangan

SITI Hajar Hashim (kiri) memangku anaknya, Mohd. Syukur Mohd. Zuki disamping abangnya, Che Meh dan bapa mereka, Hashim Lahman yang kini dijaga Norsiah di Kampung Bok Bak, Kupang di Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Berbekalkan pendapatan hanya kira-kira RM1,000 sebulan, tanggungjawab menjaga ahli keluarga termasuk yang berstatus orang kurang upaya (OKU) tetap tidak dilupakan oleh seorang wanita dan suaminya.

Norsiah Hashim, 32, berkata, dengan gaji diperoleh suaminya, Mohd. Zaki Md. Isa, 36, hasil bekerja ladang itu, mereka menggunakannya untuk perbelanjaan harian termasuk menjaga bapa, abang dan kakak kepada Norsiah serta anak kakaknya.

“Selain bapa, Hashim Lahman, 86, kami turut menjaga abang sulung, Che Meh, 42; kakak, Siti Hajar, 38; dan anak kakak, Mohd. Syukur Mohd. Zuki, 18, sejak dua tahun lalu walaupun kehidupan kami juga sekadar cukup-cukup makan.

“Abang dan kakak mengalami masalah pendengaran dan pertuturan sejak kecil, manakala Mohd ,” katanya.

Menurut Norsiah, abang dan kakaknya masing-masing menerima bantuan bulanan sebanyak RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala anak kakaknya hanya mendapat bantuan makanan bulanan kerana tiada kad OKU.

Mereka yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menghubungi Norsiah melalui talian 010-8142710 atau terus ke akaun Maybank 152031673575.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.