Tarif purata gas industri dikurangkan

Tarif purata gas industri dikurangkan

RAFIZI Ramli bercakap dalam sidang akhbar di Unit Perancang Ekonomi, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan mengurangkan tarif purata asas kemudahan gas yang perlu dibayar pengguna bagi tempoh kawal selia kedua (RP2) bermula 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, penetapan tarif kemudahan gas itu adalah sebahagian dari kerangka kawal selia pasaran gas di negara ini di bawah rangka kerja Incentive Based Regulation (IBR).

Menurut beliau, tarif baharu itu melibatkan empat kemudahan gas iaitu terminal penggasan semula milik Regas Terminal (Sg. Udang) Sdn. Bhd. (RGTSU), terminal penggasan semula milik Pengerang LNG (Two) Sdn. Bhd. (RGTP), talian paip penghantaran milik PETRONAS Gas Bhd. (PGB) dan talian paip pengagihan milik Gas Malaysia Distribution Sdn. Bhd. (GMD).

Katanya, purata tarif asas bagi RGTSU kekal sepertimana tempoh RP1 pada kadar RM3.455/gigajoule (GJ)/hari dan tiada pelarasan pendapatan bagi tempoh setahun sepanjang 2023.

Purata tarif asas bagi RGTP pula, kata beliau, turun sebanyak 9.2 peratus pada kadar RM3.165/GJ/hari berbanding RM3.485/GJ/hari dalam tempoh RP1, manakala tiada pelarasan pendapatan juga bagi tempoh setahun sepanjang 2023.

“Purata tarif asas bagi PGB juga turun sebanyak 5.8 peratus pada kadar RM1.063/GJ/hari berbanding RM1.129/GJ/hari bagi tempoh RP1 dan purata tarif yang dibenarkan bagi tempoh 2023 adalah RM1.061/GJ/hari selepas pelarasan lebihan pendapatan sebanyak RM0.002/GJ/hari.

“Purata tarif asas bagi GMD kekal seperti mana tempoh RP1 pada kadar RM1.573/GJ/hari. Purata tarif yang dibenarkan sepanjang 2023 adalah RM1.535/GJ/hari selepas pelarasan lebihan pendapatan sebanyak RM0.038/GJ/hari,” katanya dalam sidang akhbar di sini har ini.

Rafizi berkata, penurunan purata tarif kemudahan gas bagi tempoh RP2 ini dijangka memberi penjimatan dari segi kos tenaga kepada industri.

Katanya, ia bergantung kepada jumlah isi padu penggunaan gas, penurunan purata tarif kemudahan gas ini diunjurkan akan diterjemahkan kepada penjimatan seperti segmen penghantaran (mengikut kategori pengguna) menyaksikan penjimatan antara RM5.5 juta hingga RM33.2 juta bagi tahun 2023.

Segmen pengagihan mengikut kategori pengguna sama ada kediaman, komersial atau industri pula berlaku penjimatan di antara RM4,000 hingga RM55.9 juta bagi tahun depan.

“Saya berharap penurunan tarif kemudahan gas ini membantu industri berhadapan dengan kenaikan kos mendadak dan seterusnya diterjemahkan sebagai satu lagi usaha mengawal kenaikan kos sara hidup untuk manfaat rakyat,” katanya.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya