Tangisan sayu waris mangsa tanah runtuh selubungi malam Hospital Sungai Buloh - Utusan Malaysia

Tangisan sayu waris mangsa tanah runtuh selubungi malam Hospital Sungai Buloh

WARIS mangsa tanah runtuh kelihatan sedih ketika  menuju ke Jabatan Forensik di Hospital Sungai Buloh. - UTUSANM/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tangisan sayu waris mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor, dekat sini menyelubungi suasana Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, malam ini.

Ia bukan tangisan yang biasa, bukan seperti tangisan kanak-kanak, ia tangisan yang penuh dengan kesedihan, gundah dan hiba.

Walaupun tidak dapat mengenal pasti siapa yang menangis, waris mangsa dikelilingi sukarelawan ketika itu.

Difahamkan, waris itu adalah salah seorang ahli keluarga kepada 10 mangsa yang dijangka dibawa keluar dari hospital esok.

Setakat 10 malam ini, sebanyak 14 mangsa dituntut waris masing-masing setelah selesai proses pengecaman dan bedah siasat sebelum dibawa untuk proses persemadian dan pengebumian.

Hanya enam identiti mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti termasuk pekerja kantin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Nurul Azwani Kamarulzaman.

Sembilan lagi mangsa masih hilang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN