Tangani isu kos sara hidup golongan profesional

Tangani isu kos sara hidup golongan profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan baharu disaran memberi perhatian terhadap isu kos sara hidup golongan M40 terutama golongan profesional seperti doktor perubatan, jurutera, arkitek, juru ukur bahan dan kerjaya profesional yang lain.

Ketua Biro Profesional Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Ir. Wan Nazari Wan Jusoh berkata, langkah tersebut penting bagi mengatasi masalah kos sara hidup yang turut dihadapi golongan itu seperti isu ‘Jurutera Miskin’ yang pernah dibangkitkan sebelum ini.

WAN NAZARI WAN JUSOH

Menurutnya, memiliki ijazah akademik bidang profesional sering dilihat sebagai laluan mudah oleh graduan untuk memperoleh peluang pekerjaan, malangnya dalam realiti hari ini, sesetengah graduan mendapati keadaan itu tidak berlaku.  

“Walaupun kelayakan profesional ini diperoleh dengan penuh kesusahan dan kepayahan, akhirnya graduan ini terpaksa bekerja sebagai kerani, ejen insurans atau pekerja ekonomi gig sebagai langkah terakhir untuk mereka terus bertahan bagi menampung kos sara hidup. 

“Ini terjadi disebabkan mereka tidak mendapat pekerjaan kerana kekurangan kekosongan jawatan yang berkaitan, gaji yang ditawarkan pula tidak lumayan malah tawaran kerja yang diiklankan memerlukan beberapa tahun pengalaman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangani kos sara hidup bersasar untuk golongan B40 sangat dipuji, namun Wan Nazari berkata, beliau berharap fokus itu juga akan diperluaskan kepada golongan M40 yang masih merintih disebabkan pelbagai isu berkaitan.

Tambahnya, kerajaan baharu juga perlu menyelesaikan segera isu doktor kontrak untuk diserap sebagai doktor tetap kerana sektor kesihatan adalah tunjang menjamin kesejahteraan sesebuah keluarga yang sihat dan negara yang sejahtera.

Katanya, isu gaji jurutera yang masih tidak berubah juga perlu diselesaikan segera agar dapat mengurangkan keresahan jurutera perunding yang banyak bergantung kepada projek kerajaan.

“Projek-projek kerajaan pula dihimpit dengan pelbagai isu serta kekangan seperti perjanjian kontrak yang berat sebelah, yuran perunding yang rendah serta tidak selari dengan tempoh perlaksanaan kerja. 

“Biro Profesional Pejuang sangat menyambut baik hasrat kerajaan baharu untuk tidak lagi melaksanakan projek runding terus kepada kontraktor binaan. Ia suatu tindakan terbaik. Walaupun begitu, untuk firma perunding profesional, ia perlu diberikan secara runding terus untuk yuran perunding.

“Hanya cadangan teknikal yang perlu ditenderkan bagi mendapatkan firma perunding yang terbaik untuk melaksanakan kerja tersebut. 

“Kaedah ini amat bersesuaian untuk sesebuah firma perunding bagi menaikkan gaji jurutera di firma mereka selaras dengan perkhidmatan awam dengan tidak perlu lagi bersaing untuk kos yuran perunding,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya