Sultan Selangor utus takziah mangsa tanah runtuh

Sultan Selangor utus takziah mangsa tanah runtuh

Tanah runtuh
SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berdukacita dengan tragedi tanah runtuh yang menimpa pengunjung tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm sehingga meragut sebahagian besar daripada mereka di Batang Kali, Hulu Selangor, malam semalam.

Baginda dalam satu kenyataan baru-baru ini dilapor menzahirkan rasa terkejut terhadap bencana itu dan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan ahli keluarga yang terkorban.

“Baginda dan Tengku Permaisuri Norashikin rasa amat sedih dan simpati serta berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat,” demikian perutusan baginda.

Sementara itu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dijangka berangkat ke lokasi kejadian hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) baki 12 lagi mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting disambung semula pada pukul 8 pagi ini.

Operasi SAR di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya itu ditangguhkan kira-kira pukul 12 tengah malam tadi ekoran hujan di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi semalam, kejadian tanah runtuh itu mengorbankan 21 nyawa di atas tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands,  diusahakan sebuah syarikat yang disahkan beroperasi tanpa lesen.

Kegagalan struktur kaki cerun dipercayai menjadi punca kejadian membabitkan keluasan keseluruhan 225,000 meter padu membabitkan anggaran tanah runtuh sebanyak 500,000 tan dengan ketinggian 30 meter.

Difahamkan, daripada 94 mangsa, antara yang terkorban ialah penghuni perkhemahan dari Melaka dan Kuala Lumpur manakala yang terselamat pula terdiri daripada pekerja ladang tersebut termasuk 13 warga Myanmar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya