Sultan Selangor hargai pengorbanan Bomba - Utusan Malaysia

Sultan Selangor hargai pengorbanan Bomba

Sultan bomba
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah JBPM, Datuk Sri Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis (kiri) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 28 Disember lalu. - Gambar Pejabat Sultan Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri apabila menyifatkan pasukan itu cemerlang dalam tugas mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali.

Pujian itu dizahirkan baginda apabila menerima menghadap Ketua Pengarah JBPM, Datuk Sri Mohammad Hamdan Wahid dan Pengarah JBPM Selangor,  Datuk Norazam Khamis di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam baru-baru ini.

Sultan Sharafuddin dalam satu kenyataan dilaporkan bertitah berasa bangga dan menghargai usaha serta kesungguhan anggota terlibat sehingga operasi SAR tamat selain berharap agar pasukan itu terus komited dan berdedikasi menggalas tanggungjawab.

“Baginda sentiasa mengikuti laporan harian operasi menyelamat dan kagum dengan kesungguhan serta semangat yang ditunjukkan setiap anggota penyelamat ketika melaksanakan operasi SAR mangsa yang tertimbus, meskipun berdepan pelbagai cabaran dan kesukaran.

“Baginda juga dapat saksikan koordinasi yang baik di antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor bersama agensi-agensi lain,” katanya kenyataan itu.

Tragedi berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Batang Kali tersebut berlaku ketika 92 pengunjung termasuk 14 pekerja kebun sayur organik tersebut sedang tidur di tapak perkhemahan di kawasan berkenaan.

Kesemua 31 yang maut adalah pengunjung tapak perkhemahan termasuk 20 guru SJKC Mun Choong dan ahli keluarga mereka yang bercuti di tapak perkhemahan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.