Strategi pengurusan banjir lancar operasi menyelamat, pindah mangsa banjir - Utusan Malaysia

Strategi pengurusan banjir lancar operasi menyelamat, pindah mangsa banjir

AKMAL Nasrullah Mohd. Nasir (dua, kanan) meninjau kawasan yang terlibat banjir di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Strategi pengurusan banjir Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang dilaksanakan sebelum negara memasuki fasa Monsun Timur Laut berjaya membantu melancarkan operasi dalam misi menyelamat dan memindahkan mangsa pada musim tengkujuh ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, berdasarkan statistik, jumlah mangsa banjir yang dicatatkan di Terengganu kira-kira 40,000 orang bermula 9 Disember lalu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lebih 2,000 mangsa terbabit telah diselamatkan oleh pihak bomba.

“Perancangan awal yang dibuat dengan mengenal pasti lokasi panas berisiko telah berjaya melancarkan operasi dalam membantu mangsa banjir dan misi menyelamat dalam tragedi bencana lain yang berlaku pada waktu sama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi pembersihan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Rusa di sini, hari ini.

Akmal Nasrullah memberitahu, ketika ini terdapat 1,310 anggota bomba terlibat dalam operasi banjir di Terengganu termasuk anggota bomba dari beberapa negeri yang lain.

Tambahnya, bomba juga telah bersedia untuk berdepan gelombang baharu banjir termasuk kelengkapan jentera dan aset yang mencukupi untuk berdepan banjir gelombang seterusnya selepas ini.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.