SPRM siasat dana pakej rangsangan ekonomi Covid-19 RM92.5 bilion

SPRM siasat dana pakej rangsangan ekonomi Covid-19 RM92.5 bilion

SPRM mengesahkan kertas siasatan melibatkan kes dakwaan penyelewengan pengurusan wang zakat MAINS kini dirujuk semula kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tumpuan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 billion tanpa tender ketika era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, Kementerian Kewangan menyerahkan butiran berhubung mengenai pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada tahun 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.

Jelas SPRM, siasatan awal mendapati jumlah peruntukan yang terlibat dianggarkan berjumlah RM530 bilion.

Kata kenyataan itu, berdasarkan jumlah tersebut, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan, manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

“Justeru, fokus siasatan SPRM akan terarah kepada dana sebanyak RM92.5 bilion berkenaan.

“Pihak Kementerian Kewangan sedang memperincikan pecahan tersebut dan akan menyerahkannya kepada SPRM pada minggu hadapan,” kata kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya