SKMM keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4.6 juta

SKMM keluar 112 kompaun bernilai lebih RM4.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan sebanyak 112 kompaun bernilai RM4,696,000 sepanjang tahun ini melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta perundangan subsidiari di bawah akta tersebut.

Menurut Jabatan Komunikasi Korporat suruhanjaya itu, daripada jumlah tersebut, sebanyak 106 kompaun dikeluarkan terhadap pemegang lesen SKMM melibatkan 53 kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penomboran) 2016.

Katanya, ia melibatkan kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.

“Selain itu, 27 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002.

“Sebanyak 17 kompaun pula bagi kesalahan di bawah Seksyen 105 (3) AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi standard mandatori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SKMM turut mengeluarkan sebanyak lima kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 242 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi syarat-syarat lesen.

Jelasnya, dua kompaun lagi bagi kesalahan di bawah Seksyen 127 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi ‘Guidelines on Registration of End-Users of Prepaid Public Cellular Services’.

Pada masa sama, dua kompaun turut dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Seksyen 126 AKM 1998 iaitu menawarkan perkhidmatan tanpa lesen.

Pihak SKMM turut mengeluarkan enam kompaun terhadap pihak bukan pemegang lesen merangkumi lima kompaun bagi kesalahan di bawah Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.

“Satu lagi kompaun bagi kesalahan di bawah Seksyen 235 AKM 1998 iaitu menyebabkan kerosakan kepada kemudahan rangkaian,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.