Situasi banjir di Terengganu semakin pulih - Utusan Malaysia

Situasi banjir di Terengganu semakin pulih

DUA penduduk melihat keadaan sekeliling kawasan rumah mereka yang dinaiki air di Kampung Nibong, Hulu Terengganu, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Situasi banjir di Terengganu semakin pulih hari ini apabila jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 195 orang daripada 50 keluarga pada pukul 10 pagi ini berbanding 187 orang daripada 51 keluarga, petang semalam.

Gelombang pertama banjir yang bermula sejak Jumaat lalu kebanyakannya sudah surut di semua tempat ,namun masih ada mangsa yang terjejas kerana rumah mereka ditenggelami air disebabkan ‘banjir termenung’.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, kesemua mereka kini ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah negeri itu.

“Mangsa paling ramai ketika ini ialah di daerah Kuala Terengganu iaitu 84 orang daripada 26 keluarga di dua PPS.

“Daripada jumlah itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol menempatkan 77 mangsa manakala SK Chendering pula menempatkan tujuh mangsa.

“Di daerah Kuala Nerus pula, hanya satu PPS masih beroperasi ketika ini iaitu di SK Bukit Nanas yang menempatkan 50 mangsa daripada sembilan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di Kemaman, satu PPS yang masih dibuka ialah di Balairaya Padang Kemunting yang menempatkan 23 mangsa daripada empat keluarga.

Tambahnya, di Dungun pula, seramai 24 mangsa daripada tujuh keluarga kini berada di PPS SK Tok Kah.

“Di Besut pula, hanya 12 mangsa daripada tiga keluarga kini berada di PPS Balairaya Kampung Pantai manakala di Setiu, hanya dua sekeluarga masih berada di PPS Surau Kampung Nyatoh,” katanya.

Keadaan cuaca di seluruh Terengganu ketika ini secara keseluruhannya adalah mendung dan hujan sederhana lebat di beberapa kawasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya