Sesi persekolahan di Terengganu dibuka ikut jadual - Utusan Malaysia

Sesi persekolahan di Terengganu dibuka ikut jadual

KAKITANGAN Sekolah Kebangsaan Kampung La, Besut membersih meja dan peralatan kelas yang ditenggelami banjir, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Sesi persekolahan di Terengganu akan tetap bermula pada Ahad ini mengikut jadual yang dirancang Kementerian Pendidikan sebelum ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Abdul Muie Ngah berkata, buat masa ini, tiada sebarang keperluan untuk penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka di Terengganu.

“Terdapat 74 buah sekolah yang dikenal pasti terjejas akibat banjir buruk yang berlaku di seluruh Terengganu, baru-baru ini.

“Bagaimanapun, proses pembersihan pasca banjir di sekolah-sekolah itu telah selesai dilakukan hasil kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta serta sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Oleh itu, kita optimis sesi persekolahan secara bersemuka dapat dijalankan mengikut jadual asal bermula Ahad ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Antara peralatan yang rosak di sekolah terjejas banjir ialah kerusi, meja dan buku.

Tambahnya, dalam penyelesaian jangka masa pendek, lebihan kerusi dan meja dari sekolah lain akan dihantar ke sekolah-sekolah terjejas banjir untuk memastikan sesi pembelajaran berjalan lancar dan selesa.

“Begitu juga dengan 143 sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), proses pembersihan juga telah dijalankan.

“Bagaimanapun, jabatan mengingatkan semua warga sekolah agar tetap berhati-hati untuk berdepan kemungkinan banjir gelombang ketiga pula berlaku seterusnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.