Senarai calon timbalan menteri sedang diteliti - Utusan Malaysia

Senarai calon timbalan menteri sedang diteliti

RAFIZI Ramli bersalaman dengan peserta selepas Majlis Perasmian Kick Off Conference Kajian Separuh Penggal RMK12 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dalam proses penelitian senarai calon timbalan menteri yang bakal mengisi pelbagai portfolio dalam Kabinet.

Perkembangan tersebut dimaklumkan Menteri Ekonomi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli apabila ditanya pemberita mengenai isu ketiadaan timbalan menteri ketika ini.

“Saya difahamkan bahawa semalam memang telah ada perbincangan berhubung perkara ini dan proses penelitian senarai nama masih berjalan sepanjang minggu ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan ‘Kick-Off’ Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 anjuran Unit Perancang Ekonomi di di sini.

Rafizi berkata, Anwar sudah meminta kesemua parti dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan agar menyenaraikan nama calon yang layak bagi dipertimbangkan.

“Insya-Allah, saya menjangkakan proses semakan latar belakang calon dan portfolio yang bakal diletakkan kekal mungkin ada sedikit masa antara satu atau dua minggu. Kelewatan berkenaan memang tidak dapat dielakkan kerana proses kali ini agak teliti dengan mengambil kira pelbagai parti ada dalam gabungan kerajaan sekarang.

“Bilangan mereka yang layak dimasukkan itu pula adalah bergantung kepada nilai faktor ‘sumbangan’ daripada parti tersebut kepada pembentukan kerajaan sedia ada,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang butiran terperinci kerana tiada apa-apa maklumat lengkap termasuk kemungkinan ada lagi pelantikan Senator yang baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya