Salur semula subsidi pukal golongan mahakaya, konglomerat - PM - Utusan Malaysia

Salur semula subsidi pukal golongan mahakaya, konglomerat – PM

ANWAR Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bil. 4 untuk tahun 2022 di Putrajaya. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mesti menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah menopang atau menyokong kumpulan B40, M40 dan peniaga kecil yang amat terkesan dan memerlukan. 

Perdana Menteri berkata, sebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10 peratus daripada angka itu iaitu satu juta pengguna yang meliputi kumpulan konglomerat menikmati lebih 50 peratus subsidi elektrik.

Justeru tegas beliau, jabatan-jabatan kerajaan mesti merangka serta membangun wahana bersesuaian bagi melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan industri serta memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan kebijakan ini.

Perkara itu disampaikan Perdana Menteri ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bil. 4 untuk tahun 2022, di sini hari ini.

Pada saat ini kata Perdana Menteri, isu bekalan menjadi tumpuan utama kerajaan kerana kekurangan bekalan akan memberi dampak yang buruk.

“Justeru kerajaan akan mempertimbang untuk meneliti kaedah campur tangan kerajaan di peringkat pengguna.

“Mesyuarat NACCOL membincangkan perkara ini dengan panjang lebar dan beberapa ikhtiar disyorkan dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan Kabinet akan membuat keputusan esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Perdana Menteri, sebanyak tiga kertas dibentangkan dalam mesyuarat berkenaan yang mengupas isu, tantangan dan strategi secara bersama oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Kementerian Perladangan dan Komoditi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya