Runtuhan di Batang Kali: Kerajaan rangka pelan jangka panjang

Runtuhan di Batang Kali: Kerajaan rangka pelan jangka panjang

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kerajaan akan menjadikan laporan terperinci insiden runtuhan cerun di Batang Kali, Selangor sebagai titik tolak untuk merangka pelan jangka panjang negara berdepan dengan kejadian tersebut pada masa hadapan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, hal ini kerana perkara tersebut melibatkan banyak kementerian.

“Di bawah kementerian saya, kita akan jalankan siasatan dari segi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). 

“Untuk perlesenan tapak perkhemahan ia melibatkan kementerian lain. Bila dibawa ke kabinet nanti, kita akan bentangkan laporan penuh,” katanya kepada pemberita semasa meninjau Program Gerak Kerja Pasca Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bendang Pa’ Yong, di sini hari ini.

Utusan Online 24 Disember lalu melaporkan, satu mayat kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands di sini ditemukan petang semalam.

Penemuan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan mayat 31 orang ditemukan sepanjang operasi berlangsung selama sembilan hari sejak tragedi berlaku awal pagi 16 Disember lalu.

Tragedi itu berlaku ketika 92 pengunjung termasuk 14 pekerja kebun sayur organik tersebut sedang tidur di tapak perkhemahan di kawasan berkenaan.

Kesemua 31 yang maut adalah pengunjung tapak perkhemahan termasuk 20 guru SJKC Mun Choong dan ahli keluarga mereka yang bercuti di tapak perkhemahan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya