RM1 juta dana, bantuan keperluan harian mangsa banjir

RM1 juta dana, bantuan keperluan harian mangsa banjir

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memperuntukkan RM1 juta dan pelbagai barangan keperluan untuk keluarga yang terkesan daripada bencana banjir di beberapa negeri.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, bantuan terbabit adalah sebahagian daripada Tabung Bantuan Bencana KKD yang terkumpul sejak Disember 2021.

Katanya, tabung terbabit asalnya diwujudkan dengan penglibatan agensi di bawah KKD sebelum dikembangkan kepada semua rakan strategik hingga berjaya mengumpul RM6.15 juta dan pelbagai barangan keperluan.

“Buat masa ini, kita mempunyai sebanyak RM4.2 juta tunai dan memperuntukan RM1 juta untuk membantu semua mangsa banjir di beberapa negeri yang terjejas.

“Bantuan yang diberikan juga mendapat sumbangan barangan keperluan dari syarikat telekomunikasi Celcom-Digi dan lain-lain bernilai RM500,000, manakala set penjagaan diri dan barangan keperluan diisi dalam tong bernilai keseluruhan RM200,” katanya dalam sidang akhbar sempena meninjau persediaan bantuan bencana banjir di pejabatnya di sini hari ini.

Fahmi berkata, pihaknya akan berurusan dengan agensi berkaitan bagi mengenal pasti semua mangsa banjir yang boleh dibantu.

Selain itu katanya, usaha ini adalah komitmen KKD dalam membantu rakyat yang terkesan terutama pasca banjir.

“Saya juga sudah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memastikan akses telefon dan internet mencapai had yang terbaik di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Malah, SKMM juga diarah untuk memeriksa semua menara telekomunikasi yang terkesan akibat banjir dan perlu memastikan semua menara itu berfungsi semula selepas banjir surut,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya perlu dibaiki maka perbaikilah segera serta pembersihan dilakukan di kawasan yang terjejas.

“Apabila semua menara dapat dibaik pulih, sudah pasti rakyat dapat menggunakan perkhidmatan komunikasi dengan segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya