Rempuh kereta, penunggang motosikal cedera parah

Rempuh kereta, penunggang motosikal cedera parah

LOKASI kejadian kemalangan di Jalan Mata Ayer-Jejawi, Arau, Perlis yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah selepas merempuh sebuah kereta.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seorang penunggang motosikal cedera parah di bahagian muka selepas merempuh sebuah kereta dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Jalan Mata Ayer-Jejawi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, berdasarkan siasatan awal kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun dikatakan sedang menunggang motosikal di belakang sebuah kereta dari arah Mata Ayer menghala ke Jejawi.

Katanya, sewaktu melepasi jejambat di Mata Ayer, pemandu kereta jenis Nissan Grand Livina dipercayai cuba membuat pusingan U dan secara tiba-tiba membelok kereta dipandunya ke arah kanan sehingga menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan terbabit.

“Mangsa tidak sempat mengelak berikutan jarak terlalu dekat dan melanggar bahagian sisi kanan hadapan kereta itu.

“Lokasi kejadian merupakan laluan garisan berkembar dan tidak dibolehkan membuat sebarang pusingan U,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Mohsin berkata, berikutan rempuhan tersebut, mangsa mengalami cedera parah di bahagian muka dan ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pemandu kereta terbabit berusia 42 tahun itu juga hanya mengalami kecederaan ringan iaitu luka di tangan kiri akibat kejadian tersebut.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan buat masa ini bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya