Reman lima suspek dera kanak-kanak disambung tujuh hari

Reman lima suspek dera kanak-kanak disambung tujuh hari

LIMA suspek kes dera seorang kanak-kanak lelaki sehingga mati dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Tempoh tahanan reman terhadap lima suspek kes dera kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sehingga mati di Senggarang, dekat sini dilanjutkan tujuh hari lagi sehingga 7 Januari ini.

Majistret Batu Pahat, Zubaidah Mahat membenarkan permohonan sambungan reman oleh Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohd. Shafiq Mohd. Salleh terhadap kesemua suspek termasuk sepasang suami isteri.

Tahanan reman kesemua suspek termasuk kakak kandung mangsa dan rakannya yang bermula Ahad lalu, berakhir hari ini.

Terdahulu, kesemua suspek yang berusia antara 15 tahun hingga 37 tahun tiba di pekarangan Mahkamah Batu Pahat kira-kira pukul 8.30 pagi ini, dengan diiringi anggota polis.

Pada 26 Disember lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika menerima dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru selepas pengsan di sebuah rumah di Senggarang.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak malang itu akibat hentakan objek keras dan tumpulfi bahagian kepala.

Pada awalnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, namun polis mengklasifikasikannya semula iaitu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya