Reen Rahim kini isteri Ahmad Nur Hazim - Utusan Malaysia

Reen Rahim kini isteri Ahmad Nur Hazim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, pelakon, Reen Rahim, 34, sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, tepat pukul 9.05 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima mas kahwin RM1,988 dan sedulang emas.

Pada majlis itu, rombongan keluarga pengantin lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Kira-kira 400 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak hadir menyaksikan majlis pernikahan bertemakan rona putih di Boraombak, Marina Putrajaya.

Majlis lebih bermakna apabila pasangan yang berkenalan sejak dua tahun lalu, mendapat tajaan RM15 juta daripada pelbagai pihak bagi keseluruhan majlis yang berlangsung selama tiga hari.

Pasangan itu akan diraikan dalam majlis resepsi di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, malam esok.

Reen turut mengadakan majlis malam berinai bertemakan Bollywood di sebuah villa di Hulu Langat, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya