Rakyat terima PN gabungan parti berprinsip - MB Perlis

Rakyat terima PN gabungan parti berprinsip – MB Perlis

MOHD. Shukri Ramli (dua dari kiri) meninjau ruang pameran pada Majlis Pelancaran Projek Pertanian PEHJabatan Pertanian Negeri Perlis Tahun 2022 di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Padang Besar, Perlis, hari ini. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Padang Serai dengan majoriti lebih 16,000 undi membuktikan rakyat menerima gabungan tersebut sebagai sebuah parti yang berprinsip.

Kejayaan itu juga dianggap sebagai manifestasi sokongan rakyat terhadap PN dalam menghadapi suasana politik negara ketika ini. 

Pengerusi PN negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, beliau berkeyakinan gabungan itu terus diterima rakyat berdasarkan tahap sokongan yang diterima setakat ini.

“PN akan terus diterima rakyat sebab kita berprinsip khususnya dalam menghadapi suasana politik negara tidak menentu ketika ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pertanian Pemacu Ekonomi Hidroponik (PEH) Jabatan Pertanian negeri 2022 di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Padang Serai yang disandang Pakatan Harapan (PH) selama tiga penggal dirampas PN sekali gus menjadikan 14 kerusi Parlimen dikuasai gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerusi itu semalam.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai lantikan baharu Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) di negeri ini, Mohd Shukri yang juga Menteri Besar berkata, perkara tersebut sedang diteliti bagi mengenal pasti calon yang berkelayakan.

“Buat masa ini, tempoh perkhidmatan JKKK sedia ada masih sah sehingga 31 Disember dan kita membuat lantikan baharu pada awal tahun hadapan,” katanya.

Tambahnya, lantikan ahli Majlis Perbandaran Kangar (MPK) baharu juga dilaksanakan pada awal tahun hadapan selepas tempoh perkhidmatan pihak terlibat tamat.

“Bagi pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, satu nama calon telah dikemukakan dan bukannya terdiri daripada wakil rakyat sedia ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya